Di Bilik Kebal  Formula Rahsia di World of Coca-Cola di Amerika Syarikat.

Formula Rahsia Coca-Cola telah melalui perjalanan yang cukup menarik sejak ia mula dihasilkan:

1886 – Dr. John S. Pemberton mencipta Coca-Cola di Atlanta.

1892 – Asa Candler membeli hak cipta perniagaan Coca-Cola dan formula rahsianya.

1919 – Ernest Woodruff  dan sekumpulan pelabur membeli syarikat berkenaan dari Candler, dan menggunakan formula rahsia itu sebagai cagaran untuk mendapatkan pinjaman. Woodruff  turut meminta anak lelaki Candler untuk mencatatkan formula berkenaan dan menyimpan dokumen berkenaan di bilik kebal Guaranty Bank di New York.

1925 – Woodruff  melangsaikan pinjamannya dan menebus formula rahsia itu dan membawanya semula ke Atlanta dan menyimpannya di Trust Company Bank.

2011 – Selepas 86 tahun, formula rahsia itu kemudiannya dipindahkan ke World of Coca-Cola di Atlanta. Beribu orang melawat bilik kebal yang menyimpan formula rahsia itu setiap tahun.

Tahukah anda? Hanya beberapa orang di dunia yang mengetahui formula rahsia  Coca-Cola.