Disebabkan sifat asidnya, ramai yang membawa khabar angin bahawa Coca-Cola boleh digunakan sebagai bahan untuk mencuci tandas dan menyebabkan bateri kereta berkarat selain boleh melonggarkan bolt yang berkarat,  menghilangkan kesan karat pada bumper kereta, menghilangkan kesan minyak pada pakaian serta boleh mencuci kabut pada cermin depan kereta.

Benar, terdapat sejumlah kecil asid boleh dimakan di dalam Coca-Cola – begitu juga dalam banyak jenis makanan dan minuman. Ada kemungkinan asid yang boleh dimakan ini boleh melakukan apa yang didakwa penyampai khabar-khabar angin ini. Bagaimanapun, kami tidak menyarankan Coca-Cola digunakan untuk tujuan berkenaan. Gunakan bahan pencuci yang bersesuaian

Tahukah anda?  Asid boleh dimakan yang terkandung di dalam Coca-Cola adalah selamat untuk diminum. Ia juga tidak sekuat asid perut semula jadi.

Dapatkan fakta mengenai kesemua produk minuman kami.