Boleh, tetapi ia tidaklah sebaik mana – pengguna disaran menggunakan pencuci tandas. Coca-Cola mengandungi asid fosforik yang memberikan rasa yang tajam dan asid berkenaan boleh membantu membersihkan kekotoran.  Kesannya sama seperti jika anda menggunakan makanan dan minuman berasid lain, seperti juga jus lemon. Bagaimanapun, Coca-Cola tidak berkesan untuk membunuh kuman dan terdapat banyak produk yang jauh berkesan untuk kerja-kerja pembersihan.