Mengambil makanan yang minuman yang mengandungi banyak kalori termasuk minuman ringan boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan dan obesiti.

Kunci untuk pengurusan berat badan yang berjaya adalah gaya hidup seimbang. Ini bermakna mengambil pelbagai makanan dan minuman secara seimbang, selain menseimbangkan antara jumlah kalori yang diambil dan dibakar melalui aktiviti fizikal.   Makanan dan minuman yang mengandungi kalori, termasuk minuman ringan, boleh dinikmati sebagai sebahagian gaya hidup seimbang asalkan ia tidak diambil dengan berlebihan.

Bagi mereka yang mahu mengurangkan pengambilan kalori, kami menawarkan pelbagai minuman hebat yang kurang, rendah dan tiada gula serta kalori seperti Diet Coke, Coca-Cola Zero Sugar, Fanta Zero dan Sprite Zero. Sebagai tambahan, kami sedar bahawa ramai pengguna mahu mengawal jumlah pengambilan, justeru kami menawarkan minuman dalam pek pelbagai saiz. Kami juga menyediakan maklumat mengenai kalori di dalam kesemua minuman kami supaya pengguna dapat memilih apa yang bersesuaian dengan mereka dan keluarga mereka.