Tidak. Walaupun kami bermula dengan Coca-Cola, tetapi sejak berdekad lalu kami sudah memperbanyakkan rangkaian minuman bagi memenuhi pelbagai cita rasa. Pengguna mempunyai pilihan pelbagai minuman ringan kegemaran mereka seperti Sprite, Fanta, Schweppes dan A&W; minuman jus (Minute Maid Pulpy and Qoo), isotonik (Aquarius), air (Dasani dan glaceau vitaminwater) teh (Heaven and Earth) dan kopi (Georgia). Kami juga menawarkan rangkaian yang luas minuman rendah dan sifar kalori seperti Coca-Cola Light, Coca-Cola Zero Sugar, Schweppes Soda Water, Heaven and Earth green teas, Dasani, Aquarius dan glaceau vitaminwater, untuk mereka yang ingin mengurangkan pengambilan gula dan kalori.