Makanan yang mengandungi gula dan berasid, termasuk minuman ringan boleh menyumbang kepada kerosakan dan hakisan permukaan gigi, lebih-lebih lagi jika pengambilannya agak kerap. Kunci kepada kesihatan gigi yang baik adalah menjaga kebersihan gigi dengan baik dan sentiasa memberus gigi. Justeru ambil jenis makanan berkenaan secara sederhana.

Bagi pengguna yang mahukan maklumat mengenai kesihatan gigi disarankan supaya mereka berjumpa doktor gigi.

Tahukah anda? Kaedah terbaik untuk mengawal kerosakan gigi adalah dengan memberus dua kali sehari dengan ubat gigi berfluorida dan kerap berjumpa doktor gigi.

Tonton video kami mengenai bagaimana anda dan keluarga dapat menikmati kesihatan gigi yang baik.