Ini adalah satu mitos bandar yang ramai mempercayainya. Benar, dengan meletakkan Mentos di dalam sebotol Coca-Cola akan menyebabkan berlakunya kesan letusan pancutan panas air soda pada botol  berkenaan. Bagaimanapun, kesan ini tidak akan terjadi apabila seseorang itu memakan Mentos selepas meminum Coca-Cola. Letusan yang berlaku apabila Mentos dan Coca-Cola dicampurkan adalah disebabkan oleh lapisan kasar pada gula-gula berkenaan. Ia menyebabkan timbulnya buih yang banyak di bahagian permukaan apabila diletakkan dalam minuman berkarbonat. Bagaimanapun, lapisan kasar gula-gula berkenaan akan mula larut apabila anda memakannya. Justeru, anda tidak akan mendapat kesan sama pada perut.