Coca-Cola Stevia, pilihan kurang gula dimaniskan dengan sumber-sumber semula jadi adalah tambahan terkini kepada rangkaian Coca-Cola yang setakat ini merangkumi Coca-Cola Classic, Light, Zero Sugar, dan Vanilla. Coca-Cola Stevia yang boleh didapati di  seluruh negara memberikan kehebatan rasa Coca-Cola Classic tetapi dengan 35% kurang gula, dihasilkan dengan kombinasi gula dan kemanisan ekstrak semulajadi Stevia.

Untuk menekankan kehebatan rasa yang sama dengan Coca-Cola Classic, Coca-Cola menjemput rakyat Malaysia untuk mengambil bahagian dalam ‘Cabaran Rasa’ Coca-Cola di dua pameran di Lembah Klang. Di Mesin Cabaran Rasa ini, orang ramai akan diberikan satu cawan yang diisi dengan Coca-Cola Classic atau Stevia. Selepas mencubanya, mereka akan merasai kehebatan yang sama seperti Coca-Cola Classic, minuman ringan yang paling popular dan paling laris dalam sejarah dengan kehebatan rasa Coca-Cola sejak 1886 atau Coca-Cola Stevia, untuk pengguna yang ingin menikmati kehebatan rasa Coca-Cola tetapi kurang gula dan dengan kemanisan dari sumber-sumber semula jadi.

Selain Cabaran Rasa, orang ramai juga akan dapat mengenali sumber kemanisan semula jadi Coca-Cola Stevia dengan melihat sendiri pokok stevia di Pondok Pengalaman Stevia, malah mencuba rasa daun pokok stevia. Untuk melengkapkan pengalaman tersebut, mereka boleh mengambil swafoto bersama pokok stevia dan mencetak gambar dengan segera menggunakan telefon pintar mereka dan pencetak yang disediakan.

“Kami tahu pengguna inginkan lebih pilihan dan memandangkan populariti stevia sebagai pemanis semakin meningkat di peringkat tempatan dan global, Coca-Cola Stevia menjadi inovasi terkini kami yang memberikan pengguna pilihan kurang gula dengan kehebatan rasa yang sama dengan Coca-Cola Classic. Setakat ini, 3 daripada 5 produk Coca-Cola diiktiraf dengan Logo Pilihan Lebih Sihat (Healthier Choice Logo, HCL) termasuklah Coca-Cola Stevia, yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan (MOH) sebagai pilihan kurang gula untuk pengguna di bawah kategori minuman berkarbonat. Kami sedang berusaha memastikan pilihan kurang gula dan tanpa gula ini mudah didapati di seluruh negara,” kata Ahmed Yehia, Pengurus Negara Malaysia, Singapura dan Brunei, The Coca-Cola Company.

“Stevia ialah pemanis tanpa kalori yang dihasilkan dari daun pokok Stevia. Ia digunakan dengan kombinasi gula atau pemanis-pemanis lain dalam pelbagai makanan dan minuman untuk memberikan pengguna pilihan rendah kalori atau kurang kalori dan kami gembira kerana dapat menawarkan pilihan ini kepada rakyat Malaysia dengan Coca-Cola Stevia,” kata Finaswani Mohamed Zin, Ketua Hal Ehwal Umum dan Komunikasi di Coca-Cola Bottlers Malaysia.

Dua pameran tersebut akan diadakan di pusat-pusat membeli-belah berikut dengan promosi-promosi menarik sepanjang tempoh pameran:

  • Centre Court, Ground Floor Mid Valley Megamall dari Khamis 29 Mac hingga Ahad 1 April
    • Beli 1 x Coca-Cola Stevia 320mL pada hanya RM 1
    • Nota: Hanya untuk pembelian dari 29 Mac – 1 Apr (KHAMIS – AHAD) di AEON BIG Mid Valley Megamall dan kaunter promosi Cabaran Rasa yang terletak di Centre Court, Ground Floor Mid Valley Megamall
  • GF Center Court (berdekatan AEON) 1 Utama Shopping Centre dari Rabu 18 April hingga Ahad 22 April
    • Beli 4 x Coca-Cola Stevia 320mL pada hanya RM4 
    • Beli 1 x Coca-Cola Stevia 500mL botol PET pada hanya RM1.80
    • Nota: Hanya untuk pembelian dari 18 Apr – 22 Apr (RABU – AHAD) di AEON 1 Utama Shopping Centre dan kaunter promosi Cabaran Rasa yang terletak di GF Center Court (berdekatan AEON) 1 Utama Shopping Centre

Coca-Cola Stevia kini boleh didapati di seluruh negara bermula Mac 2018

 

- Tamat -

The Coca-Cola Company di Malaysia

Selain daripada Coca-Cola, salah satu jenama yang paling berharga di dunia, sistem Coca-Cola di Malaysia mengeluarkan, memasarkan dan mengedarkan lebih 80 jenis produk termasuklah minuman bergas (Fanta, Sprite, A&W, Schweppes), minuman bergas tanpa kalori (Coca-Cola Light, Coca-Cola Zero Sugar, Sprite Zero), minuman jus (Minute Maid Pulpy), teh (Heaven and Earth), isotonik (Aquarius) dan air (Dasani).

Coca-Cola telah melabur sebanyak RM1 bilion di Malaysia sejak 2010, mencipta lebih daripada 800 pekerjaan dan mendekati lebih 75,000 pelanggan secara langsung dengan capaian keseluruhan melebihi 200,000 pelanggan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Melalui pelbagai program dan usaha sama, Coca-Cola Malaysia berazam untuk mencipta perbezaan yang positif dan berpanjangan dalam komuniti-komuniti tempatan.

Dari usaha kitar semula melalui kerjasama dengan Malaysian Nature Society dan Universiti Putra Malaysia (UPM), sehinggalah usaha sama dengan Raleigh International dan Muslim Aid Malaysia untuk menyediakan akses air bersih kepada lebih 22,000 penduduk di kawasan pedalaman di Sabah dan memperkasakan wanita dari segi ekonomi melalui program-program keusahawanan Coca-Cola KU – Coca-Cola komited untuk membangunkan komuniti-komuniti yang mampan di Malaysia.

Mengenai The Coca-Cola Company

The Coca-Cola Company (NYSE: KO) ialah syarikat minuman yang terbesar di dunia, menyegarkan para pengguna dengan lebih daripada 500 jenama minuman bergas dan minuman tanpa gas dan lebih daripada 3,800 pilihan minuman. Diterajui oleh Coca-Cola, salah satu jenama yang paling bernilai dan paling terkenal di dunia, portfolio syarikat kami menampilkan 20 jenama bernilai berbilion dolar, 18 daripadanya boleh didapati dalam pilihan kurang, rendah atau tanpa kalori. Jenama-jenama kami yang bernilai berbilion dolar termasuklah Diet Coke, Coca-Cola Zero, Fanta, Sprite, Dasani, vitaminwater, Powerade, Minute Maid, Simply, Del Valle, Georgia dan Gold Peak. Melalui sistem pengedaran minuman yang terbesar di dunia, kami memainkan peranan sebagai penyedia No. 1 bagi minuman bergas dan minuman tanpa gas. Lebih daripada 1.9 bilion hidangan minuman kami dinikmati oleh para pengguna di lebih daripada 200 buah negara setiap hari. Dengan komitmen yang tinggi untuk membina komuniti-komuniti yang mampan, syarikat kami memberi tumpuan kepada inisiatif-inisiatif yang mengurangkan jejak karbon kami, mencipta persekitaran kerja yang selamat dan inklusif untuk kakitangan kami dan meningkatkan pembangunan ekonomi dalam komuniti-komuniti di mana kami beroperasi. Bersama rakan kongsi pembotolan kami, kami berada dalam senarai 10 majikan swasta terbaik di dunia dengan lebih daripada 700,000 kakitangan sistem.

Untuk maklumat lanjut, layari Coca-Cola Journey di www.coca-colacompany.com, ikuti kami di Twitter di twitter.com/CocaColaCo, layari blog kami, Coca-Cola Unbottled, di www.coca-colablog.com atau temui kami di LinkedIn di www.linkedin.com/company/the-coca-cola-company.