Muat turun PDF

Coca-Cola Malaysia ingin memaklumkan berkenaan berita palsu di media sosial dan platform aplikasi mesej yang menggambarkan produk terbaru kami Cola-Cola Stevia sebagai ‘Coca-Cola Ketum’.

Ini adalah berita palsu bertujuan mengelirukan para pengguna serta menjejaskan imej syarikat The Coca-Cola Company.

Coca-Cola Malaysia sentiasa komited untuk menghasilkan produk-produk berkualiti tinggi dari kilang pengeluaran bertaraf dunia di Hab Teknologi Halal Bandar Enstek. Kami memberi jaminan kepada pengguna bahwa produk kami dihasilkan mengikut standard kualiti yang tertinggi dan semua produk kami disahkan halal oleh JAKIM.

Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi:

En.Kadri Taib

Pengarah Perhubungan Awam dan Komunikasi, Coca-Cola Malaysia

M: 019 3320320

T: 03-2723 6298

E: kadritaib@coca-cola.com