Coca-Cola Malaysia telah memperkenalkan Coca-Cola Stevia, minuman kola dengan kandungan gula yang lebih rendah dan dimaniskan dengan sumber semula jadi. Coca-Cola Stevia memberikan rasa kehebatan yang anda jangkakan dari Coca-Cola Classic tetapi dengan 35% kurang gula, dan ini dihasilkan dengan kombinasi gula dan kemanisan Stevia yang asli.

Coca-Cola Stevia kini boleh didapati di cawangan-cawangan 7 Eleven di seluruh negara dari Januari 2018. Bermula Mac 2018, ia boleh didapati di seluruh negara dari semua peruncit utama. Coca-Cola Stevia ialah tambahan terkini kepada rangkaian Coca-Cola yang setakat ini terdiri daripada Coca-Cola Classic, Coca-Cola Light, Coca-Cola Zero Sugar dan Coke Vanilla.

“Kami sentiasa memberi perhatian kepada para penggemar jenama-jenama dan minuman-minuman kami dan berusaha dalam memenuhi keinginan serta keperluan mereka. Di Malaysia, kami sedar bahawa pengguna-pengguna semakin prihatin tentang pengambilan gula, mereka inginkan lebih kawalan dan pilihan. Sesetengah pengguna sukakan rasa minuman kami tetapi ingin mengawal pengambilan gula dan kalori,” kata Ahmed Yehia, Pengurus Negara Malaysia, Singapura & Brunei, The Coca-Cola Company.

“Inilah sebabnya kami memperkenalkan Coca-Cola Stevia, yang mempunyai kehebatan rasa yang sama seperti Coca-Cola Classic tetapi dengan 35% kurang gula dan dihasilkan dengan kombinasi gula dan kemanisan semula jadi stevia untuk memberikan para pengguna lebih banyak pilihan, mereka boleh memilih dengan lebih baik mana-mana varian Coca-Cola yang menepati cita rasa, gaya hidup dan diet mereka – dengan gula atau tanpa gula, dengan kalori atau tanpa kalori,” tambah beliau.

Stevia, sejenis pemanis tanpa kalori, berasal daripada daun pokok stevia. Pokok Stevia ialah dari keluarga bunga kekwa (chrysanthemum) dan daunnya merupakan satu sumber yang unik untuk kemanisan semula jadi yang tinggi.

Dengan penambahan Coca-Cola Stevia kepada rangkaian Coca-Cola di Malaysia, kini ada Coca-Cola yang sesuai untuk semua cita rasa.

  • Coca-Cola Classic ™ ialah minuman ringan yang paling popular dan paling laris dalam sejarah dunia dengan kehebatan rasa Coca-Cola yang sama sejak 1886. 
  • Coca-Cola Stevia ialah untuk pengguna yang ingin menikmati kehebatan rasa Coke tetapi kurang gula dan dimaniskan dengan kemanisan Stevia yang asli
  • Coca-Cola Zero Sugar memberikan kehebatan rasa Coca-Cola yang sama tetapi tanpa gula dan tanpa kalori. 
  • Coca-Cola Light ialah varian tanpa gula dan tanpa kalori dengan rasa yang menyegarkan.
  • Coke Vanilla memberikan kehebatan rasa Coca-Cola yang sama dengan tambahan perisa Vanila.

Dapatkan Coca-Cola Stevia di 7-11 yang terdekat dengan anda untuk menikmati minuman ringan dengan rasa yang hebat dan kandungan gula yang lebih rendah dan dimaniskan dengan sumber semula jadi hari ini!

Coca-Cola Stevia kini boleh didapati di cawangan-cawangan 7 Eleven di seluruh negara dari Januari 2018

The Coca-Cola Company di Malaysia

Selain daripada Coca-Cola, salah satu jenama yang paling berharga di dunia, sistem Coca-Cola di Malaysia mengeluarkan, memasarkan dan mengedarkan lebih 80 jenis produk termasuklah minuman bergas (Fanta, Sprite, A&W, Schweppes), minuman bergas tanpa kalori (Coca-Cola Light, Coca-Cola Zero Sugar, Sprite Zero), minuman jus (Minute Maid Pulpy), teh (Heaven and Earth), isotonik (Aquarius) dan air (Dasani). 

Coca-Cola telah melabur sebanyak RM1 bilion di Malaysia sejak 2010, mencipta lebih daripada 800 pekerjaan dan mendekati lebih 75,000 pelanggan secara langsung dengan capaian keseluruhan melebihi 200,000 pelanggan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Melalui pelbagai program dan usaha sama, Coca-Cola Malaysia berazam untuk mencipta perbezaan yang positif dan berpanjangan dalam komuniti-komuniti tempatan.

Dari usaha kitar semula melalui kerjasama dengan Malaysian Nature Society dan Universiti Putra Malaysia (UPM), sehinggalah usaha sama dengan Raleigh International dan Muslim Aid Malaysia untuk memberikan akses air bersih kepada lebih 22,000 penduduk kampung di pedalaman Sabah dan memperkasakan wanita dari segi ekonomi melalui program-program keusahawanan Coca-Cola KU – Coca-Cola komited untuk membangunkan komuniti-komuniti yang mampan di Malaysia.

Mengenai The Coca-Cola Company

The Coca-Cola Company (NYSE: KO) ialah syarikat minuman yang terbesar di dunia, menyegarkan para pengguna dengan lebih daripada 500 jenama minuman bergas dan minuman tanpa gas dan lebih daripada 3,800 pilihan minuman. Diterajui oleh Coca-Cola, salah satu jenama yang paling bernilai dan paling terkenal di dunia, portfolio syarikat kami menampilkan 20 jenama bernilai berbilion dolar, 18 daripadanya boleh didapati dalam pilihan kurang, rendah atau tanpa kalori. Jenama-jenama kami yang bernilai berbilion dolar termasuklah Diet Coke, Coca-Cola Zero, Fanta, Sprite, Dasani, vitaminwater, Powerade, Minute Maid, Simply, Del Valle, Georgia dan Gold Peak. Melalui sistem pengedaran minuman yang terbesar di dunia, kami memainkan peranan sebagai penyedia No. 1 bagi minuman bergas dan minuman tanpa gas. Lebih daripada 1.9 bilion hidangan minuman kami dinikmati oleh para pengguna di lebih daripada 200 buah negara setiap hari. Dengan komitmen yang tinggi untuk membina komuniti-komuniti yang mampan, syarikat kami memberi tumpuan kepada inisiatif-inisiatif yang mengurangkan jejak karbon kami, mencipta persekitaran kerja yang selamat dan inklusif untuk kakitangan kami dan meningkatkan pembangunan ekonomi dalam komuniti-komuniti di mana kami beroperasi. Bersama rakan kongsi pembotolan kami, kami berada dalam senarai 10 majikan swasta terbaik di dunia dengan lebih daripada 700,000 kakitangan sistem.

Untuk maklumat lanjut, layari Coca-Cola Journey di www.coca-colacompany.com, ikuti kami di Twitter di twitter.com/CocaColaCo, lawati blog kami, Coca-Cola Unbottled, di www.coca-colablog.com atau cari kami di LinkedIn di www.linkedin.com/company/the-coca-cola-company.