Sejak lebih sedekad, program Water Vision yang dianjurkan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan
“Sifat plastik yang agak fleksibel atau serba boleh dan murah menyebabkan bahan ini menjadi sebahagian besar daripada kehidupan kita, menyebabkan timbulnya isu alam sekitar yang kita semua perlu tangani bersama sebagai makhluk di muka bumi ini. Masalah pencemaran bahan plastik dapat diatasi jika kita semua berhenti menjadi masyarakat yang membuang bahan ini di mana biasanya bekas plastik, beg plastik dan penyedut minuman digunakan hanya sekali dan kemudian dibuang sewenang-wenangnya. Kitar semula adalah adalah satu kaedah untuk kita mengurangkan masalah ini,” kata Pengarah Eksekutif MNS, I.S. Shanmugaraj
Untuk menerapkan pemikiran ini dan mengubah gaya hidup, program Water Vision menggalakkan pelajar sekolah menengah untuk membina pusat kitar semula di sekolah mereka atau di kawasan kejiranan, pada masa sama mengajar mereka mengenai pentingnya untuk mengitar semula bahan plastik bagi mengurangkannya menjadi menjadi bahan buangan yang akhirnya memenuhi kawasan saliran dan laut.
Selain itu pelajar juga diajar untuk mengenal pasti gred plastik yang boleh dikitar semula, bagaimana untuk mengasingkannya dan membersihkannya sebelum ia dijual kepada pembeli bahan kitar semula, sekali gus memberikan pulangan kepada usaha yang dijalankan.

Program ini yang berlangsung dari November 2017 hingga Januari 2018 membolehkan tiga pasukan terbaik yang menjayakan program ini menghadiri kem alam sekitar sementara sekolah yang dipilih sebagai pemenang akan menerima sistem penuaian air hujan yang dapat memberikan sumber air percuma yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan
Layari http://watervisionprogramme.weebly.com untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program ini.
Coca-Cola di Media Sosial