Kira-kira seratus keluarga sukarelawan
Pulau yang menjadi antara tumpuan orang ramai untuk bersiar-siar dan memancing selain menikmati hidangan makanan laut itu adalah kawasan didiami nelayan yang menarik kehadiran ramai pelancong, namun masalah kebersihan di situ menjejaskan pemandangan sekitarnya.
Seperti mana komuniti persisiran di seluruh dunia, Pulau Ketam turut menghadapi masalah di mana berton-ton sampah hadir ke situ kerana hanyutan ombak, yang memberikan kesan kepada kehidupan penduduknya, kesihatan, kebersihan dan kawasan perumahan.
Program Wipe Out Waste yang dilaksanakan sejak tahun 2016 mengajak penduduk setempat menangani isu ini melalui pelbagai kegiatan yang dianjurkan.
Hutan Paya Bakau
“Hutan paya bakau adalah antara unsur penting dalam ekosistem bahagian muara yang memberikan banyak faedah kepada persekitaran marin dan komuniti di sekitarnya. Ia bukan sahaja memberikan manfaat kepada kawasan perikanan, tetapi juga menyediakan balak untuk dijadikan bahan pembinaan dan produk berkaitan, selain menjadi zon penampan untuk mengelakkan berlakunya hakisan dan kesan terhadap angin kencang, bahkan taufan. Sistem akarnya yang padat juga berfungsi sebagai penapis semula jadi untuk memerangkap sampah yang dihanyutkan di laut,” kata Pengarah Eksekutif MNS, I S Shanmugaraj.
Anak pokok bakau ditanam di kawasan rendah bersempadan dengan sekolah berkenaan yang dipenuhi dengan sampah berikutan pembuangan sampah yang dilakukan di kawasan itu menyebabkan banyak bahan buangan memasuki kawasan sekolah apabila dipukul ombak.
Kerja pembersihan oleh komuniti
Melalui usaha dijalankan, sukarelawan
Memerangkap sampah dari laut
Sebuah perangkap sampah juga dibuat menggunakan jala yang didermakan nelayan tempatan dan dipasang sekitar kawasan sekolah yang bersempadan dengan kawasan laut bagi mengelakkan sampah dibawa masuk ke kawasan sekolah yang memberikan suasana tidak kondusif untuk proses pembelajaran.
-
-
-
-
Memasang papan tanda mengenai kebersihan
Beberapa papan tanda yang memaparkan mesej berkenaan kebersihan turut dipasang di sekitar pulau berkenaan bagi mengingatkan penduduk dan pelancong untuk memelihara kebersihan persekitaran.
Adalah diharapkan agar usaha dilakukan
Coca-Cola di Media Sosial