Pengunjung-pengunjung kompleks membeli belah Intermark Mall di Kuala Lumpur pastinya teruja dengan hiasan tujuh keajaiban dunia  bertemakan  ‘Joy To The World’ yang dihasilkan daripada 60,562 tin dan botol Coca-Cola


Hiasan yang mempesonakan itu dipamerkan di ruang concourse kompleks beli belah itu yang memaparkan binaan ikonik seperti Big Ben, Burj Khalifa, Colosseum, Eiffel Tower, Empire State Building, Menara Condong Pisa dan Taj Mahal. 

Mengambil masa selama 60 jam untuk disiapkan, hiasan berkenaan diserahkan kepada Malaysia Book of Records untuk “Penggunaan Paling Banyak Bekas Minuman bagi Membina Replika Bangunan Antarabangsa” (Most Number of Beverages Used to Build International Landmark Replicas).

Cubaan untuk memecahkan rekod ini dibuat dengan kerjasama Intermark Mall dan penyewa utamanya Jaya Grocer serta Coca-Cola Malaysia.

“Memandangkan kita berada dalam suasana perayaan, kami berharap agar dapat menyaksikan hiasan istimewa ini dimana kami juga cuba menyertakannya dalam Malaysian Book of Records untuk Penggunaan Paling Banyak Bekas Minuman bagi Membina Replika Bangunan Antarabangsa,” kata Ketua Eksekutif Bottling Investment Group, Singapura, Malaysia dan  Brunei, The Coca-Cola Company, Gareth McGeown



Keterangan gambar: McGeown meletakkan sentuhan terakhir kepada hiasan yang dibuat bersama Pengarah Pemasaran Intermark Mall, Kung Suan Ai, dan Pengarah Operasi Jaya Grocer, Daniel Teng, sewaktu pelancaran rasmi hiasan berkenaan..