Gula! Antara kandungan yang selalu kita baca dan banyak mendengar mengenainya. Bagaimanapun, tahukah anda bahawa Coca-Cola No Sugar langsung tidak mengandungi gula? Di sini disenaraikan lima lagi fakta bagaimana kami membantu anda menghilangkan dahaga atau terus terhidrasi tetapi kurang gula 

1. Kami mempunyai lebih banyak pilihan minuman kurang atau tiada gula juga tiada kalori 

Mahu menikmati minuman kegemaran, tetapi tidak mahu gula? Tiada masalah. Di Malaysia, kami menawarkan lebih 40 minuman dengan pilihan rendah atau tiada gula. Ini termasuk Coca-Cola No Sugar, Coca-Cola Light, Aquarius, Schweppes Soda Water, glacéau vitaminwater, glacéau smartwater, ZICO coconut water, Heaven and Earth Jasmine Green Tea dan Ayataka.


Ini adalah sebahagian pilhan produk rendah dan tiada gula, tiada kalori kami. Ketahui bagaimana kami kami berevolusi bagi memberikan pengguna di seluruh dunia banyak jenis minuman yang mereka inginkan.

2. Kami sedang melenyapkan gula daripada sebahagian minuman ringan utama kami

Pada masa ini kami sedang bekerja keras dengan pasukan pakar pemakanan kami bagi memperbaiki resipi yang ada dan melenyapkan kandungan gula di dalam banyak minuman ringan kami. Ini termasuklah Coca Cola No Sugar yang rasa serta rupanya seperti Coca-Cola Classic dan menggantikan Coca Cola Zero.

Apakah seterusnya? Antara masa kini dan 2020, kami akan terus menawarkan lebih banyak minuman yang rendah kandungan gula atau tiada gula, di samping mengurangkan purata kandungan gula bagi rangkaian produk minuman kami secara berperingkat.

3. Kami sudah meneroka pelbagai jenis pemanis

Mengurangkan gula tidak bermakna berkompromi dengan rasa.

Kami sudah menyempurnakan cara untuk menghasilkan minuman berperisa hebat yang kurang atau tiada gula, selain terus  berevolusi dari semasa ke semasa. Ekstrak Stevia adalah kandungan terkini yang kami gunakan bagi mengurang atau menggantikan gula di dalam banyak produk minuman kami.

Ia adalah pemanis sifar kalori yang terdapat pada daun pokok Stevia. Ini juga adalah   

sebabnya mengapa pengguna kini dapat menikmati Coca-Cola Stevia yang 35% kurang gula dan kalori (berbanding Coca-Cola Classic), yang memberikan penggemar cola di Malaysia pilihan kelima yang terhebat

4. Kami menghidangkan saiz minuman yang lebih besar

Dalam memilih bungkusan minuman ringan kegemaran, kami tahu pengguna mahukan lebih pilihan. Disebabkan itu kami memastikan terdapat kepelbagaian saiz bagi disesuaikan dengan suasana dan majlis.

Anda boleh memilih dari rangkaian bungkusan seperti tin 150ml, 250ml, botol 500ml atau 1.5 liter yang direka bentuk bagi membolehkan pengguna menikmatinya bersama rakan dan keluarga.

5. Kami menggunakan label yang jelas dalam pembungkusan kami

Dalam kehidupan yang bergerak pantas pengguna mahukan cara yang cepat dan mudah untuk mengetahui apa yang terkandung di dalam makanan dan minuman mereka.

Justeru, apabila pengguna mengambil tin dan botol minuman kami, mereka akan dapat melihat maklumat mengenai kalori yang dipaparkan di bahagian hadapan, selain menyenaraikan kandungan dan maklumat pemakanan di bahagian belakang – juga di dalam laman sesawang kami – bagi membolehkan pengguna maklum dan memilih minuman yang mengandungi kurang atau tiada gula dan kalori. Pengguna dapat melihat Logo Pilihan Sihat (Healthier Choice Logo) pada bungkusan Coca-Cola No Sugar, Coca-Cola Light, Heaven and Earth Jasmine Green Tea dan Ayataka.